Lactalis, sebuah syarikat tenusu Perancis yang merangkumi lebih daripada 90 buah negara di seluruh dunia, telah mengambil alih perniagaan tenusu dingin Nestle (yogurt dan minuman yogurt) di Malaysia.
Dikenali sebagai pakar produk tenusu berkualiti tinggi di seluruh dunia, Lactalis akan membawa kepakaran dan pengetahuannya ke Malaysia, serta produk-produk baru dan inovatif ke pasaran ini untuk mengekalkan kedudukannya sebagai jenama tenusu kegemaran Malaysia.